Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞



Sabtu, Oktober 17, 2015 | Oktober 17, 2015 | 0 Lovers
Semua orang nak berubah. Semua orang nak berhijrah menjadi orang yang Allah redha, orang yang baik, menuju kesempurnaan.
 
Semua orang yang "hidup" hatinya pasti nak menjadi orang yang baik. Itulah fitrah hidup. Ya, fitrah.
Namun, kesilapan ramai orang ialah merasa PUAS dengan HIJRAH yang di lakukan. Merasa PUAS dengan perubahan yang di lakukan.
 
Bila dari pakai seksi kepada pakaian sopan, dia rasa puas dan berhenti takat itu.
 
Ada yang dari pakaian sopan kepada pakai tudung tapi bajut ketat, dia rasa puas
 
Ada orang dari pakai tudung baju ketat keapda pakai tdung tapi baju longgar, dan dia berhenti takat tu.
 
Ada orang dari tudung pendek ke tudung labuh, dia berhenti takat tu.
Ada orang dari tudung labuh dan jubah kepada purdah, dia berhenti takat tu.
 
Begitu juga solat. Ada yang rasa dah dapat solat 5 waktu, dia rasa dia dah baik. Dah solat jemaah 5 waktu kat masjid, dia rasa dah cukup. Dah dapat tahajud, dia rasa cukup.
 
 
Sedangkan, merasa cukup dan puas dengan amal itu adalah tipu daya syaitan.
 
 
****
KAWAN
 
Teruslah mengejar syurga, mengejar redha Allah. Jangan sekali-kali merasa puas dengan hijrah dan perubahan yang telah kita lakukan. Jangan rasa diri dah sempurna dan dah cukup.
Teruskan berubah, sehingga kita mati.
 
Dari menutup aurat, usaha untuk jaga ikhtilat, usaha untuk tidak sombong, usaha untuk dakwah, usaha untuk jaga amal wajib dan banyakkan amalan sunat, banyakkan berdoa dan sebagainya.
Jangan pernah rasa cukup.
 
Kerana,
"Hijrah takkan pernah berhenti!!"
 
DARI #tarbiahsentap



Ahad, Oktober 11, 2015 | Oktober 11, 2015 | 0 Lovers


Sepatunya tiada campuran baik dan jahat dalam satu jiwa

" Eh, farid. Apa kau tengah buat?"
" Emmm.. er.. aku.. aku.. aku.."
" Engkau tengah chatting dengan perempuan? Biar betul. Aku ingat kau tengah khusyuk buat assignment. Kau baru bagi pengisian di taklim semalam pasal ikhtilat dan couple."

KANTOI !

Orang lain tidak pernah tahu betapa besarnya dosa-dosa kita sebenarnya. Allah yang Maha Penyayang telah menutup keaiban ini. Seandainya dosa-dosa ini berbau, nescaya tidak akan ada yang sanggup mendekati kita. Malah, untuk melihat dan memandang juga tidak sanggup.

Kita kononnya dilihat orang yang alim dan bagus sehinggakan kita ini dilabel tidak punya banyak dosa. Kita juga dilihat sebagai orang yang sentiasa mengajak orang lain berbuat kebaikan. Menjadi imam, melakukan qiamullail dan membaca Al-Quran. Namun disebalik itu, hanya Allah jua yang tahu siapa diri kita sebenarnya. Dibalik wajah yang dipercayai ramai, terdapat watak jahat disebalik itu.

Sehingga kini juga, sedikit watak jahat itu tidak mampu dibaca oleh orang lain. Watak itu pandai menyembunyikan diri. Ketika berseorangan, watak itulah yang bermaharaja lela menguasai keadaan. Sekali lagi, tiada siapa yang tahu. Hanya Allah dan empunya diri sahaja yang tahu.

Sisa jahiliyyah dahulu

Watak jahat itulah sisa jahiliyyah kita yang dahulu. Meskipun telah banyak perubahan dan perbaikan yang telah kita lakukan begitu juga banyak ilmu telah kita tahu, namun watak jahat itu seolah-oleh tidak pernah mahu mengalah melepaskan dari genggaman kita.

Semua orang mahu berubah kerana fitrah manusia itu hendakkan kebaikan. Namun, apabila mencapai fasa kesedaran dan tarbiyah, sisa-sia jahiliyyah itu kadang-kadang berjaya dijauhkan dan kadang-kadang menang dalam pertarungan. Sisa-sisa itu seakan-akan mahu diberikan perhatian dan belaian sehinggakan memaksa diri untuk melakukannya walaupun telah tahu bahawa ia adalah sesuatu dosa yang besar.

Menonton video lucah atau beronani.

Lesbian atau gay.

Menghubungi orang yang bukan mahram melalui chatting atau SMS.

Menonton movie dan mendengar lagu lagha.

Menipu dalam mutabaah.

Dan macam-macam lagi dosa.

sisa jahiliyah dulu jika masih dibiarkan, akan terus membunuh diri.


Semuanya tidak diketahui oleh orang lain kerana ia adalah maksiat yang tersembunyi. Watak jahat ini sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuhnya. Ia juga pandai mencari tempat sesuai untuk melakukan perkara-perkara tersebut dan sikapnya pandai berpura-pura. Inilah karakter watak jahat itu.


Namun, jauh di sudut hati orang yang dirasuki fikiran itu menyesal berkali-kali terhadap dosa yang mereka lakukan. Merasa sangat menyesal dengan tindakan yang dilakukan. Namun apakan daya, di dalam pertarungan antara iman dan nafsu, watak jahat kerap kali menang.

Hak dan batil yang bercampur

Artikel ini khusus untuk para pendakwah, guru-guru agama, murobbiyah, ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja yang dikatakan berilmu dan menyampaikan kebenaran kepada orang sekeliling. Jauhilah daripada dinampak baik pada pandangan orang lain, tapi hakikatnya jelek pada pandangan Allah.

Kita menasihati orang lain macam-macam, namun kita tidak tidak pernah endah terhadap apa yang kita percakapkan. Allahuakbar. Mungkin ramai lagi para dai’e yang masih tidak mengoreksi diri. Ayuhlah sama-sama bermuhasabah dan sentiasa meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah.

Dari Anas bin Malik ra bahwa Nabi saw bersbda: Pada saat aku dinaikkan ke langit (dalam peristiwa isro’ mi’raj) aku melewati suatu kaum yang bibir-bibir mereka potong dengan gunting dari gunting dari neraka, lalu aku bertanya: Siapakah mreka ini wahai Jibril?. Rasulullah saw bersabda: Mereka adalah para pemidato dari kaummu yang mengatakan sesuatu namun mereka sendiri tidak mengerjakannya” (HR Ahmad)

Bertaubatlah sebenar-benarnya. Janganlah bertaubat sekadar melepaskan batuk di tangga. Sekadar memenuhi syarat sebagai orang yang berdakwah. Lakukanlah dengan menangis dan menyesali taubat yang sentiasa dimungkiri dan dosa yang sentiasa dilakukan berulang-ulang kali tanpa diketahui orang lain.


Setiap kali melakukan maksiat itu, taubatlah jalan penyelesaiannya. Agar nanti, ia tidak menghalang kita untuk melakukan amal kebaikan yang lain dan menjauhkan daripada rasa tidak layak serta futur.

Penutup: Akan terbongkar juga

“ Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.”

Mungkin sekarang, kita merasakan bahawa orang lain tidak tahu apa yang kita lakukan. Tapi tidak mustahil, lambat laun rahsia itu akan terbongkar juga. Kali ini, kita mungkin bernasib baik kerana Allah masih lagi menjaga aib kita. Perlu diingat, rahsia itu akan terbongkar samada hari ini, esok, akan datang atau di akhirat nanti.

Azab Allah sangat berat. Setiap yang kita lakukan di dunia ini akan dipertontonkan di  scrin besar di hadapan berjuta-juta manusia. Betapa tidak dapat dibayangkan perasaan takut, malu teramat sangat dan berbagai-bagai kerana dosa-dosa kita kini telah didedahkan oleh  Allah swt. Alangkah malu besarnya jika kita diseksa di hadapan orang-orang lain yang tidak beriman hanya kerana maksiat tersembunyi ini. 


Tika watak jahat tiba-tiba muncul di hadapan kita seringkali ingat akan kematian dan azab Allah yang menggerunkan ini.

Dari Usamah bin Zaid ra bahwa dia pernah mendengar Nabi saw bersabda: Seorang lelaki didatangkan pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka, kemudian ususnya berhamburan keluar lalu dia berputar-putar dengannya seperti berputar-putarnya  himar dengan batu penggilingannya. Kemudian para penghuni surga berkumpul di hadapannya dan bertanya kepadanya: Apakah yang terjadi padamu?. Tidakkah engkau yang pernah memerintahkan kami kepada Al-Ma’ruf dan yang mencegah kepada yang mungkar?. Dia menjawab: Aku telah memerintahkan kalian dengan yang ma’ruf namun aku sendiri tidak melakukannya dan mencegah kalian kepada dari yang mungkar namun aku mengerjakannya”.
(Sahih Bukhari dan Muslim)

lambat laun segalanya akan terbongkar juga

Bertakwalah kepada Allah. Allah masih memberi peluang untuk kita bertaubat.

Jauhilah dan tinggalkanlah segera maksiat itu kerana sesungguhnya maksiat itu hanya akan menggelisahkan hati.


Bermuhajadahlah sekuat mungkin untuk mencapai darjat mukmin yang tinggi di sisi Allah swt.
kredit maksiat-yang-tersembunyi
Jika benar kita mahu meninggalkan maksiat itu, berdoalah kepada Allah agar menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat nanti.

Label:




| Oktober 11, 2015 | 0 Lovers

Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good. Saya jamin, berani kerat jari (weehee, gurau je, tak berani pun) semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah."
 sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci.

Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah pun. 

"eh yeke..? alamak, i ollz tak sedar lah." 
Ya, kita perlu sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan.

Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia. 

Saya juga pernah menjadi 'mereka' di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (c'mon la, tak hot la kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang tidak kena. Kenapa..? .? ..? Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.


Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing.Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing
[HR Muslim]

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW0ttB_Lv6dXQdbtlRE7S99zkftcy2lEpDt2Tgs2D5ibdn24byUp_ILMcwn1VzAwdswvmdTp1u22fb9fS6fwnaQAODk4iDtaUHL0zy9AEPbRMhgjDboHTyq3_QYAl_JvB3fSBAgYUD_S4/s320/IMG_5124.jpg


Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.? 

Saya ulang sekali lagi ayat saya di atas, 
"Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah."

Persoalannya,

"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"

(noktah)

Kerdit to Farahinlee


Label:




| Oktober 11, 2015 | 0 Lovers
Jam laptop menunjuk angka 01.10,bermakna pagi sudah menjelma.mata pula susah memejam.Sya kira pada waktu begini sudah kepastian sahabat blogger sudah enak ketiduran.Diulit mimpi-mimpi yang indah belaka. 

Susah sebenarnya saya ingin beritahu,perit nya rasa melihat jejak-teman yang lain seenak nya bertungkus lumus agar B.A nya dilulus dengan jaya.Perit nya bila hati meronta-ronta mahu berada ditempat mereka. pedih nya rasa bila melihat orang lain dengan konvo nya dan satu gulung ijzah nya ditangan,
senyuman mekar dek tahan hilai ketawa  takala selesainya B.A mereka.

Namun saya..saya punya misi sendiri.

SAYA ingin kan pandangan darinya.Dan juga exptation daripada nya.Justeru saya buat tulisan ini agar hati sya makin menjadi sado dan menguam seperti harimau. Eh..



Label: , ,