Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older

❝ Someone Like U ❞

Jumaat, Jun 17, 2011 | Jun 17, 2011 | 0 Lovers
“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.
Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

                         Sumber: Dipetik daripada IluvIslam
 
ASSLAMUALAIKUM..
SEMOGA kalian sihat bersama keluarga
ala kuli hal
ana ucapkan
ahlan wasahlan
wa
marhaban bikum

sekarang boleh lah ana update blog ni sudah kian lama tak menulis , selama 2 minggu blog ni tidak diupkan banyak jugak yang ana nak kongsikan . hari ana buka accunt  halaqah ana (  http://halaqah.net/ ) ehm..ada sesuatu yg ana nak kongsikan tajuknya

UKHUWAH @ DAUN YANG GUGUR TIDAK AKAN MEMBENCIKAN ANGIN ."

tajuk mendalam sangat tapi insyaALLAH ana copy kan  kedalam blog ana yer

BY wajdaniTopic starter ( halaqah.net )
PENDAPAT 1

khtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan). Adakah sama sekali tidak boleh? Apakah hukumnya? Mungkin kebanyakan kita pernah mendengar mengenai masalah ini, mungkin juga tidak.

Demi cinta dan sayangku kepada muslimin dan muslimah di seluruh dunia, ku cuba menterjemah sedikit secara bebas dari buku Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, saya hanya mengambil di kesimpulan dari keseluruhan jawapan penanya soalan. Teguran dan nasihat amat diharapkan. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada semua khususnya para muslimah insyAllah.

Amma ba’d:

Pertemuan ataupun perjumpaan di antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus mahupun dituntut jika tujuannya adalah mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh(seperti menuntu ilmu), membawa kebaikan, dan perkara-perkara yang mana berhajatkan bantuan dan pertolongan dari kedua belah pihak (lelaki dan perempuan) berlandaskan batas-batas, tujuan yang betul dan penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun dibolehkan, kita sama sekali tidak mengabaikan batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan oleh Islam :

1. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya (lelaki dan perempuan jangan gatal menjeling-jeling), tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Allah SWT berfirman :

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(30)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(31)

An Nuur : 30-31

2. Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh, Allah SWT berfirman :

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, ,(31)

Surah An Nuur : 31

Dikuatkan lagi daripada para sahabat yang dimaksudkan dengan “perhiasan” ialah dua tangan dan wajah.

Allah SWT menjelaskan mengenai pakaian yang sopan, firmanNya :

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (59)

Al Ahzab: 59

Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

3. Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :

i. Percakapan , hendaklah menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan membangkitkan perasaan, Allah SWT berfirman :

Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,(32)

Al Ahzab : 32

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (31)

An Nuur : 31

Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan (25)

Surah Al Qashah :25

iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai dirumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

5. Jangan sesekali membiarkan hanya seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka, ianya ditegah dengan sebuah hadith sahih mengenainya, (Sesungguhnya yang ketiga daripada keduanya ialah syaitan), tidak patut membiarkan api dan kayu bersama (makin ‘terbakar’ la kalau dibiarkan berdua). Yang patut diambil berat juga ialah kaum keluarga terdekat, seperti ayah mertua, ipar dan sesiapa pun yang bukan mahramnya daripada berduaan.

6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan, ataupun perkara-perkara yang boleh mengabaikan kerja sebenar yang amat suci seorang perempuan, iaitu tanggungjawabnya di rumah dan pertarbiyahan bangsa(anak-anak).

Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dengan keyakinan ini, marilah disaat ini kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya insyAllah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan :

Fatawa Al Mar atul Muslimah oleh Dr Yusuf Al Qardhawi, maktabah wahbah, cetakan pertama 1996 m – 1416 h

Mudah-mudahan bermanfaat...

_________________________________________________________________________________________________________________________________

PENDAPAT 2

Allah telah menjadikan lelaki dan wanita, apakah kedua-dua jantina ini tidak boleh berkawan, bersahabat, berbincang dan saling tolong menolong antara satu sama lain ? Kita lihat firman Allah ini;

Surah At Taubah 9:71.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Terjemahan lain;

9:71.

Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang kemungkaran; mereka melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka mentaati Allah dan rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

Jelaslah dalam ayat diatas, Allah memulakan perkataan mukmin antara lelaki dan perempuan, jika lelaki dan perempuan telah beriman, maka mereka tahu batas masing-masing dalam pergaulan atau perbicaraan dan mereka boleh bersahabat dan saling tolong menolong. Dengan erti kata lain, islam tidak melarang lelaki dan perempuan bersahabat antara satu sama lain. Yang Allah larang ialah perkara-perkara yang mendekati zina iaitu berdua-duaan, mengeluarkan kata-kata rayu-rayuan atau apa sahaja yang mendekatkan mereka kepada zina.

Surah Al Israa 17: 32.

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Selagi kita mengikuti garis panduan yang Allah telah tetapkan, inya allah kita semua adalah sahabat antara satu sama lain walaupun berbeza jantina. Sesungguhnya islam itu sangat indah bila kita mengetahui batas-batas yang telah ditentuhkan. Bersahabat tidak salah yang salah melanggar peraturan dalam persahabatan.

____________________________________________________________________________________________________________________________

PENDAPAT 3

fikrah islaminya tidak perlu diadakan ukhuwah antara lelaki dan perempuan, lebih2 lagi yg bukan mahram...kerana kita semua sudah maklum ikhtilat semberono hanya membuang masa dan mengucar kacirkan fikrah islami, namun secara realitinya tidak mudah untuk megelak dari berikhtilat, apatah lagi kita telah terbawa2 cara hidup pergaulan bebas dalam kehidupan seharian kita.

baru2 ni ana baru bace buku tulisan Prof.Muhammad Ali Al-shabouni yg bertajuk pernikahan dlm perpekstif islam,

antara saranan beliau ialah mengawalkan perkahwinan, namun beliau juga memberikan tips2 dalam pergaulan yang berlainan jantina yakni diantara lelaki dan perempuan. banyak lagi yang beliau garapkan dalam buku tersebut sehingga rasenya terdpt ketenangan yang membolehkn muda-mudi menghalakn nafsu dalam menjana iman.

pesanan untuk diri ana sendiri juga antum semua, jagalah pandangan..

seorang penyair pernah bersyair...

" memang menyenangkan bila mata memandang mereka ( lelaki atau perempuan )...namun pandanagan tersebut membahayakan jiwa...apalah ertinya kesenangan bila membawa bencana"

sama2 kita fikirkan

PENDAPAT 4

Dalam Surah At Taubah 9:71, Allah membenarkan lelaki dan perempuam beriman bersahabat tetapi dalam masa yang sama Surah Al Israa 17: 32, Allah larang menghampiri zina. Nampak ada macam percanggahan disitu tetapi sebenarnya ayat-ayat tersebut saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Berbalik kepada persoalan saudara, jika lelaki dan wanita berdua-duaan (bukan muhrim) apatah lagi ditempat yang sunyi memang sangat dilarang kerena akan membuka luas kepada berlakunya zina walau dengan alasan apa sekalipun. Bagaimana pula perbincangan di internet antara lelaki dan perempuan, selagi mereka tidak membincangkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keghairan maka dibolehkan seperti isu-isu semasa, agama dan apa sahaja yang mendatangkan ilmu atau kebaikkan.

Dalam perkumpulan pula sebagai contoh, kumpulan membicangkan pelajaran, perihak kerja, membuat kertas kerja, kerja bersama-sama dipejabat yang terdiri lelaki dan wanita selagi mereka tidak meninbulkan sesuatu yang menghampiri zina maka dibolehkan.

Bercakap mengenai menghampiri zina pula ianya terlalu umum kerana banyak faktor yang membolehkan ke arah itu. Jika perbincangan di internet, jika mereka membincangkan perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu walaupun mereka tidak bertemu tetapi dikhuatir salah seorang diantara mereka yang tidak dapat mengawal nafsu lantas mentempiaskan kepada orang lain pulak (orang lain jadi mangsa) seperti kes-kes rogol dsbnya. Dalam perkumpulan begitu juga cuit mencuit, sapa menyapa dan apa sahaja yang mendorong berlakunya zina, maka itulah yang dinamakan menghampiri zina. Oleh pastikan diri kita setiap individu adalah individu yang beriman.... insya allah hidup kita akan diberkati.

___________________________________________________________________________________________________________________________

PENDAPAT 5

Assalamualaikum...

just pendapat peribadi...

cuba kita lihat apa itu berukuwwah dan apa itu berkawan.

pendapat ana perkataan ukhuwwah tidak sama dengan kawan

apabila bercakap tentang ukhuwwah, ia datang dari perkataan arab yg berasal dari perkataan akhun. maksudnya bersaudara. dalam quran secara jelas menyatakan umat islam itu bersaudara. dalam konsep islam, bersaudara bermaksud kpd ruh perkataan tersebut. maksudnya bukan kita ambil secara makna perkataan iaitu kita boleh memperlakukan sepertimana kita dengan adik2 kita. tetapi 'sifat' kita terhadap sesama islam kita terapkan seperti 'sifat2' antara adik dan abang.

sayangnya kita kepada orang lain seperti kita sayang adik kandung kita sendiri. contohnya, jika ada orng islam ditimpa kecelakaan ata kesusahan, kita bantu. jika dia mahu terjerumus dalam lembah kesesatan, kita tolong. jika kita tidak ada sikap bersaudara ini, kita akan menganggap itu bukan sebahagian dari kita.

jadi, pendapat ana, dibolehkan berukhuwwah dgn umat islam. umat islam disini general. bermaksud membawa kepada ukhuwwah lelaki dan perempuan.
dan kita tahu setakat mana hadnya hubungan antara lelaki-lelaki,lelaki perempuan,perempuan-perempuan tanpa mengabaikan ukhuwwah yg diminta oleh Rasululllah

insyaallah, dalil tentang ukhuwwah banyak.

jadi, permasalahan sekarang ialah orang menggunakan perkataan ukhuwwah sbgi alasan utk kenal lebih dekat antara lain jantina.

minta kita dijauhkan dari menggunakan sesuatu bukan pada tempatnya

wallahua'lam

__________________________________________________________________________________________________________________________

PENDAPAT 6

Bismillahirramanirrahim...

Assalamualaikum..

Insya Allah sebaga perkongsian.

Sahabat wa sahabiah sekalian..
.
Sebenarnya dalam Islam tdk akan pernah wujud ukhwah antara lelaki dn perempuan.

Cba bayangkan sekiranya memang niat kta utk berkawan shja tidak lebih dan tidak kurang.Namun, syaitan telah berjanji(rujuk surah al-baqarah:34) utk mngoda umat manusia yang Allah jadikan sbgai khalifah(pemimpin) di muka bumi. Cuba tnya diri kta sendiri mmpukah kita menahan diri kta drp maksiat? Adakah maksiat itu hanya tertumpu kpd mksiat mata semata? Ana ingin tegaskan di sini bahawa maksiat yang amat susah dan sukar dielakkan tidak kira lah sama ada drpd golongan yg kuat agamanya ataupun sebaliknya.

Ana sudah masak dgan sikap sbhgian lelaki yang gemar mnggunakn Istilah UKHUWAH semata-mata nak berkawan dgn kita.

Disini ana ingin mmri sdikit pesanan buat sahabat wa sahabiyah...

Buat golongan adam...

Ingat antumna semua diciptakan Allah mempunyai 9 akal dan 1 nafsu berbanding golongan hawa.

Gunakanlah sebaik-baiknya akal yang dberikan utk lbih berfikir dan memahami implikasi atau kesan yg bakal terjadi skiranya mlakukan sesuatu yg Allah larang.

Ingatlah wahai golongan Adam yang dciptakn Allah sbg khalifah yg paling baik, dan jganlh kerana golongan hawa antumna mudah lemah dan goyah.

AYUH BANGKIT DARI LENA YANG PANJANG WAHAI GOLONGAN ADAM SEKALIAN!

Buat golongan hawa,

Peliharalah diri dengan sebaik- baiknya kerana kita merupakan sayap kiri bg golongan adam.

Kasih dan sayangilah diri sendiri sebeum mengashi orang lain.

Jom sama2 kita cari cinta yang paing utama CINTA ALLAH!

Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita solehah=)

_______________________________________________________________________________________________________________________________

Wallahu’alam

Sumber http://www.iluvislam.com

:(saya copy dan paste pendapat dalam forum tersebut..ada banyak lagi pendapat..)

p/s: huraian lebih terperinci boleh rujuk link di bawah

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=78&thread_id=7629&rowstart=0 

Label:

| Jun 17, 2011 | 0 Lovers

sAhabat boys over flower 
lakaran sja 

Selasa, Jun 14, 2011 | Jun 14, 2011 | 0 Lovers
Allah meemberikan Hikmah kebijaksanaan (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan sesiapa yang diberikan Hikmah itu, maka sesungguhnya dy diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
"sesiapa yg memujimu maka ketahuilah bhwa sgala pujian itu berlaku krn pndainya allah menyembunyikan keburukanmu.maka kmbalikanlah pujian itu kpd zat yg tlh mnutup aibmu,bknnya kpd yg memujimu."~kalam syeikh ibn ataillah~ by shbt facebook